Ahad, Ogos 24, 2008

Niat

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera kepada anak-anak semua..amacam? Diharapkan sehat-sehat la kehendaknya..Hari ini tok nak cerita tentang NIAT atau NAWAITU..Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, Niat membawa istilah:


1. maksud atau tujuan sesuatu perbuatan: mematikan orang sakit dgn ~ hendak menamatkan penderitaannya ialah suatu kesalahan; 2. ingatan (dlm hati): ~ kita hendak ke Kampar; ~ baik maksud yg baik; ~ hati tujuan (kehendak) hati; 3. janji (dlm hati) utk melakukan sesuatu jika terkabul sesuatu yg dihajati, kaul, nazar; melepas ~ membayar nazar;berniat 1. bertujuan (akan), bermaksud (akan): aku pun tidak ~ lagi hendak pulang ke rumahmu; 2. berjanji (akan), berkaul, bernazar: beta ini laki isteri hendak pergi berkaul dan ~ di lautan Tanjung Jati;berniat-niat berharap-harap supaya, mengharapkan benar;meniatkan 1. mengharapkan, memaksudkan: niat itu hendaklah diniatkan dlm hati; 2. menjanjikan utk melakukan sesuatu (setelah sampai hajat dll), mengaulkan, menazarkan; 3. Mn berdoa utk memohon sesuatu, mengharapkan;terniat telah diniatkan, datang niat, termaksud: Nahidah tidak ~ hendak mengkhabarkannya; niatan niat.


Sebagai manusia, khalifah dibumi, akan terdetik keinginan untuk melakukan sesuatu. Samada keinginan itu baik atau buruk semuanya tergantung kepada niat masing-masing. Diharapkan NIAT anak-anak semua pada hari ini, esok atau bila-bila, yang baik-baik belaka k.



Jangan berniat yang bukan-bukan tau..nanti jadi macam cerita kat bawah ni...tentang niat seorang ayah yang nak dikatakan bengap tak bengap, sengal tak sengal, ingin membantu anaknya..dan niat tok di sini hanya nak berkongsi pengajaran utk semua..ok baca tau..! Tok nak tgk Kelab POP kat youtube ni..tata..