Selasa, Disember 22, 2009

Awang Mengadu Lagi...

Assalamualaikum,

Tok menyinggah lagi ruangan ini..lama jugak Tok bercuti dari membajak ilham buat semua..Awang pun jarang Tok jumpa..masing busy bak kata omputih. Walaupun jarang tapi masih lagi berhubungan dengan e-mail & BlackBerry Messenger..hehe.. Tok pun ada tau...Awang hadiahkan kat Tok..

Baru-baru ni Awang ada bbm ngan Tok mengadu masalah baru selepas kejayaan yang baru lagi dirasa..belum sempat habis madu dihirup datang satu masalah atau Tok lebih senang panggil UJIAN dari Yang Esa..

Ceritanyer cenggini...
Awang ada kenal dengan seorang manusia sifulan ni..lama juga berkawan..banyak bantu Awang. Dek kerana lama kawan jadi rapat..tapi tak lah sampai bercinta..kira Abang dengan Adik la si Awang dan sifulan ni..

Awang tak pernah tau asal-usul sifulan ni..cuma apa yang tau sifulan ni tak berapa nak liar, tak berapa nak jinak..kira so-so la bak kata omputih..huhu..uiii..boleh tahan la juga keberadaan sifulan ni.. Dulu masa Awang belum mampu beli kereta..sifulan ni rajin ngambik Awang kat tempat kerja. Setiap kali datang bertukar-tukar keretanya..kejap-kejap kereta laju, kejap-kejap kereta mahal, kejap-kejap kereta kontot..hehe..

Dipendekkan cerita, sifulan ni banyak mengadu juga masalah dia di rumah bersama keluarga Pakcik & Makcikyang juga didiami dengan abang-abang sepupunya..dan sampai satu ketika Awang jadi kesian dengan apa yang diceritakan oleh sifulan ni...

Awang ni pulak simpati dan tak suka kalau ada yang kena buli-dera..Dari hari ke sehari, kalau dulu kelauar semua gembira..kini sifulan datang dengan muka gulana-duka. Awang jadi tak tentu hala, lalu bertanya mengapa berpanjang muka?

Sifulan menjawap tanpa rasa ceria, dimaki, diherdik, diterajang segala..terkejut Awang ternganga..


Bukan tak pernah sifulan durhaka..pada Awang yang pernah membela..kerana berhati perut Awang kembali menerima..sifulan hidup di lingkaran nyawanya..

Dek kerana asuhan ibu bapa..Awang memaksa sifulan duduk bersama..telinga panas mendengar cerita..sifulan yang asyik merentan , merengsa..

Kembali berbunga hati sifulan..tak sangka Awang pelawa melayan, sampai Awang terima gelaran..JANTAN BUDIMAN dari sifulan..

Sepurnama dua menutup duka..senyum bak bunga teraut di muka..segala hampa hilang tiada..bebas kini baru dirasa..

Bak si kudung mendapat cincin, perangai berubah dah jadi lain, sekarang malas dahulunya rajin, kerja bagus jadi main-main..

Mulalah Awang tegur nasihat, bukan membenci nak kasi ingat, kemana pergi hilangnya semangat, mengapa malas datang melawat?

Makin Awang menahan sabar, makin menjadi sifulan mencabar, tak cukup lantai diberi tikar, dibalas dengan siat dan cakar~!!

Tahap sabar ada batasnya..sabar si Awang dah melepasi segala..baran ditahan diluah semua..terkedu sifulan terkebil mata...

Hish..kenapa degil wahai sifulan, patut la engkau tak ramai taulan, kalau adapun semacam syaitan, kerjanya mencucuk dan buat hasutan..

Mula bagi alasan simpati...Awang dulu tak macam kini...sekarang marah-marah..dulu happy-happy..bertanya sifulan kenapa jadi begini..

Awang terangkan satu persatu...masih nak jadi macam dahulu..dah lebih minta Awang merayu..please la jangan buat-buat dungu..~!

Segala punca Awang dah cerita..sifulan masih tak faham bahasa..yang tak disuruh buat dilanggar juga..pekak ke bodoh semulajadi lahir ke dunia???

Makin lama makin tak selesa..perangai sifulan mengada-ngada..segala simpati yang dulu kala..hanya rekaan semata-mata...

Awang masih memberi muka..dah bagi betis nak peha pula..muktamad Awang bagi kesimpulannya..sah sifulan ni PESAKIT JIWA!

Kata akhir dari Awang kepada Tok, dia dah tak kuasa lagi nak layan sifulan tu..sebab kepercayaan Awang dah mula pudar..hehe..Sian ke tidak kat Awang ni Tok hanya dapat mendoakan sifulan tu berubah dan Awang dapat menahan cubaan, dugaan & ujian dari NYA untuk dinaikkan martabatnya di bumi dan insya ALLAH di akhirat nanti..AMIN..

Buat semua yang berperangai seakan sifulan atau yang menghadapi manusia yang seperti Awang ni, Tok doakan juga agar kalin semua dirahmati, diredhai & dicurahkan kasih sayang dari segala makhluk dan daripada-NYA. AMIN.

Pesan Tok....Sabar ye Awang...hehe..

Assalamualaikum.