Jumaat, November 25, 2011

Harapkan Pagar, Pagar Tak Boleh Harap

Assalamualaikum...


Lama jugak Tok tak online yek..Cucu semua ape kabo? Alhamdulillah..kalau boleh baca wacana Tok makanya masih lagi bertahan dalam menempuhi bendul yang ada di perjalanan masing-masing.


Tok bukannya merajuk ke haper..cuma sibuk membantu Awang bekerja..hehehe. Syukur Alhamdulillah, Awang semakin maju..dah ada company sendiri. Hidup semakin ke depan..dan macam biasa, kalau dah namanya manusia semestinya ada sifat hasad dan iri.


Ish ish ish... Manusia, manusia. Apa nak jadi ler dengan engkorang ni? Tak boleh tengok orang lain senang sikit, ada je kedengkiannya tu. Tak elok berperangai dan ber'peel' cenggitu. Kalau tengok Awang semakin ke depan, kamu kejar la dia ke depan jua. Yang kamu gi baling kayu sampai Awang tersadung kenapa? Semput ye nak kejar? Dah tau semput tu..gi le exercise.. Dah tau gemok tu..kurang-kurangkan la makan. Yang dah tau semulajadi bingai tu, jangan la tunjuk pandai...ye dak?


Nasib baik la Awang ni jenis penyabar. Tapi kalau dah namanya manusia, sabar pun ada limitnya. Bak kata pepatah, sarang tebuan jangan dijolok, clear water dont think got no buaya...hehehe.


"Apa nak jadi, jadi ler Tok. Awang dah lama bersabar dengan Si Pendek tu. Gi ngadu kat Human Resource pun takde guna...Ingatkan dorang boleh bantu..hmmphh! Hampeh..."


Nampak gaya Awang dah buat keputusan dan punyai agenda sendiri. Whateva it is Tok support all the way.


Kepada korang, jangan la mendengki, ada simpan iri dalam hati..tak elok.. Esok kat akhirat susah nanti.. Ingat tu..


Oklah..Tok nak layan Majalah Ujang sat..byeee..